MASJID KERANG JEMAAH ??? APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SUPAYA ORANG RAMAI DATANG KE MASJID...


Assalamuaikum semua .......



Kenapa perkara ini berlaku???

Disini saya ingin membincangkan topik mengenai masjid yang kurang jemaah.

Pada masa dulu masjid ini mempunyai ramai jemaah. Tetapi sejak kebelakangan ini masjid ini kurang para jemaah disebabkan masjid ini kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik minat para jemaah masjid. Masjid ini hanya mempunyai beberapa sahaja ahli jemaah yang selalu datang solat jemaah sama ada solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat magrib dan solat isyak. 


PERANAN MASJID:
Masjid sebagai rumah Allah bukanlah dibina semata-mata untuk ibadat dan solat tetapi merangkumi pelbagai risalah masjid, antaranya:

  • Masjid berperanan sebagai tempat pembinaan ruhiyyah.
  • Masjid berperanan sebagai tempat memarakkan sosial masyarakat.
  • Masjid sebagai tempat pengajaran dan latihan.
  • Masjid sebagai tempat meleraikan kusut kehidupan seperti qadha’ dan lain-lain.
  • Masjid sebagai tempat mengatur sistem politik seperti syura, bai’ah dan membuat resolusi serta keputusan yang besar.



Gambar yang ditunjukkan adalah Masjid MUKIM Kampung Selising


Masjid Mukim Selising merupakan sebuah masjid yang terletak di Mukim Selising Daerah Bukit Jawa, 16400 Pasir PutehKelantan Darul Naim. Pengasas Masjid MUKIM Kampung selising ini ialah En.Mat Yatim. Pada asalnya masjid ini ialah sebuah surau kayu lama. 

Masjid Mukim Selising
Coat of arms of Kelantan.svg
[ Sila klik untuk melihat gambar masjid di Peta Google]
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamZin Arif B. Hassan 2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-03-PP-00449
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriKelantan
LokasiMasjid Mukim Selising,
Mukim Selising
Daerah Bukit Jawa,
16400 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Mukim Selising


BINAAAN MASJID:

Senibina masjid ini ialah terdapat satu menara berkubah yang berbe
ntuk segiempat.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani dan ruang solat tambahan juga turut disediakan.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.Pada dinding masjid ini terdapat tulisan ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Stuktur keseluruhan masjid ini diperbuat daripada simen.


Masjid ini telah lama tidak menukar warna dan ianya kelihatan tidak cantik, dan juga tidak kelihatan ceria. Disebabkan oleh itu, penjaga masjid telah berbincang dengan iman masjid dan juga beberapa ahli jemaah untuk renovate di bahagian menara kubah dengan menukar dengan warna yang baru. 






Gambar yang ditunjukkan adalah gambar Masjid MUKIM Kampung Selising yang telah direnovate.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid bagi menjamin kelesaan para jemaah.Stor sebagai tempat penyimpanan barang juga merupakan salah satu kemudahan masjid ini.Selain itu,bagi jemaah yang membawa kenderaan,tempat parking berbumbung juga disediakan dan tempat terbuka yanag dapat memuatkan lebih daripada 15 buah kenderaan dalam satu masa.

KEISTIMEWAAN YANG ADA DI MASJID INI PADA MASA DAHULU:

Masjid ini kerap kali menganjur dan mengadakan majlis ataupun aktiviti-aktiviti yang bercorak keagamaan dan juga kemasyarakatan untuk para jemaah dan para penduduk setempat.


CARA-CARA UNTUK MENARIK MINAT PARA JEMAAH ATAU REMAJA KE MASJID :


  • Adakan pertandingan-pertandingan yang boleh menarik remaja ke masjid. Pertandingan yang boleh dilakukan disini seperti pertandingan bola sepak. Kerana masjid MUKIM kampung selising ini bersebelahan Padang Bola Sepak.
  • Libatkan orang muda dalam Ahli Jawatankuasa masjid.
  • Wujudkan aktiviti yang bersifat mesra orang muda sama ada di masjid atau kawasan sekitarnya agar perasaan kasih kepada masjid sentiasa subur.
  • Adakan ceramah khas untuk orang muda yang menjawab isu berkaitan kehidupan yang dialami oleh mereka dan jalan penyelesaiannya. Sebagai contoh, isu cinta mengikut neraca syariat sebenar, isu membina keluarga bahagia, isu melunaskan hutang dengan sebaik mungkin dan lain-lain.
  • Wujudkan bahan bacaan di perpustakaan masjid yang meraikan kehendak orang muda.
  • Adakan majlis makan atau sembang santai dengan orang muda dalam uslub(kaedah) dakwah yang mengharmonikan, bukan meliarkan.
  • Bina beberapa team mengikut minat orang muda seperti chef masakan orang muda, team pengkaji sejarah, team perbincangan pemikiran semasa, team jahitan, team sukan, team motorbike, dan lain-lain lagi.
  • Bina tempat yang serasi dan selesa bagi orang muda seperti coffee corner dan juga terdapatnya wifi yang sentiasa dipandu dan dipimpin ke arah kebaikan.
  • Letakkan di mini perpustakaan majalah-majalah semasa terutamanya berbentuk Islamik atau info, begitu juga dengan buku yang berkaitan kisah-kisah dan penceritaan yang menarik, penuh dengan iktibar serta pengajaran.
  • Wujudkan laman yang mesra masyarakat terutamanya orang muda sebagai sudut terapi yang kemungkinan adanya kolam ikan, sentiasa rapi dan bersih sifatnya, sedap mata memandang.
  • Beri insentif kepada orang muda yang melazimi masjid dan aktif dalam kemasyarakatan di bawah anjuran masjid.

Comments